Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM. Sempena meraikan sokongan rakan-rakan blogger, tuan Hasrul Hassan telah menganjurkan satu giveaway kerana blog beliau hasrulhasan.com telah berjaya mencapai leboh 15 juta pageview (hits). Beliau berasa amat bangga dengan pencapaian itu dan mengajak rakan-rakan blogger menyertai satu GIVEAWAY yang menawarkan 5 pemenang dipilih secara random (random.org)

Semenjak blog beliau dijenamakan semula pada tahun 2010, pageview beliau dari hari ke sehari, dari sebulan ke sebulan dan dari setahun ke setahun terus meningkat sehingga kini dikatakan melebihi 15 juta pageview, satu pencapaian yang amat hebat dan sukar dicapai kalau bukan kerana sokongan rakan-rakan blogger terhadap blog beliau. 

Tahniah buat blog hasrulhassan.com, semoga terus diminati ramai dan boleh mencapai pageview sebanyak 20 juta sedikit masa nanti. Insha Allah......!


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Jom sertai "Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM" bagi menyokong hasrat beliau untuk meraikan pencapaian yang membanggakan dengan peningkatan pageview blog beliau sehingga mencapai 15 juta pageview.

Setiap peserta berpeluang untuk dipilih menjadi salah seorang daripada 5 pemenang bertuah yang dipilih secara random. Hanya peserta bertuah sahaja yang berjaya bukannya di pilih menerusi artikel terbaik atau melalui Contest Review atau Contest SEO.  

Apa yang perlu dibuat adalah wajib follower blog hasrulhassan.com melalui GOOGLE PLUS. Anda perlu klik butang Follower di blog beliau.

Beliau akan menyemak semua peserta sama ada dah follower atau pun sebaliknya. GIVEAWAY ini akan ditutup penyertaan pada 30 November. Masih ada kurang 2 hari lagi untuk ditamatkan.

Kita diperlukan untuk memberi sebab dan mengapa follow blog beliau. Boleh tulis secara ikhlas dan benar apa yang difikirkan perlu mengapa blog beliau menjadi tempat rujukan dan sumber maklumat berkaitan blogger atau blogspot.


Kenapa dan Mengapa Follower Blog HASRULHASSAN?

Oklah...secara ikhlas saya ceritakan kenapa dan mengapa saya follow blog beliau. Saya sudah lupa bila saya mula mengikuti perjalanan blog beliau. Kalau tak silap saya kemungkinan pada tahun 2011 saya dah mula follower blog beliau melalui blog sensasi2020.com tetapi untuk blog topseofriendly.blogspot.my baru saja follower. 

Tanpa membuang masa, jom saya sertakan sebab-musabab saya follower blog beliau:


  • Blog
Blog beliau banyak menjadi tempat rujukan pembaca yang menggunakan blogspot sebagai blog utama mereka. Namun begitu yang menggunakan Wordpress juga turut mengikuti blog beliau ini.

Blog beliau banyak menyiarkan artikel berkaitan tip berkaitan blog, blogging, teknik SEO, resepi, trip percutian, review, tip affiliate dan sebagainya.

Boleh dikataka setiap hari yang mengunjungi blog beliau untuk mencari info dan tip berkaitan blogging, blogspot, tip adsense dan sebagainya.



  • Personaliti
Seorang yang sentiasa tersenyum bila bersua dan mudah mesra bila bersama walaupun baru saja mengenali secara bersemuka. Kalau di alam maya, ramai yang sudah mengenali beliau. Namun bukan selalu dapat bersua dengan beliau secara bersemuka. Saya berjumpa pun kena menyertai event anjuran Denaihati, iaitu "Sepetang Bersama Blogger 2014". Boleh baca link ini, ada aktiviti semasa saya bersama Tuan Hasrul Hassan semasa di event tersebut.


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Bersama Blogger Hasrul Hassan


Apa yang menarik sudah pasti tentang status seorang "Husband Sepenuh Masa", yang menetap di Pulau Pinang. Sentiasa bersama anak-anak sepanjang masa, setiap hari sambil si isteri bekerja di luar negeri.

Seorang blogger husband sepenuh masa, maka banyak masa terluang untuk beliau menyediakan makanan dan minuman untuk anak-anak dan sudah pasti ada resepi yang sedap-sedap akan beliau menyediakan untuk sajian anak-anak setiap hari, maka sudah tentu ada resepi dan bersedia berkongsi resepi buat tatapan pembaca setia mereka.

Akhir kata jom sertai Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM sekarang dan kongsikan kenapa anda suka dan follow blog beliau. Semoga berjaya terpilih di random.org nanti. Semoga berjaya..... Jangan lupa follower Google Plus saya juga sebagai rakan blogger anda.

Sekian terima kasih sudi menbaca artikel ini. Jimpa lagi di lain giveaway....!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
11 Komentar untuk "Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM"

Salam ..Lya singgah sini dari Giveaway yg sama .tq sudi singgah dan sudi follow..ok done follow sini..Fuyoo pjgnyer karangan..best best mmg terbaik laa ayat..semoga berjaya..

Salam ..Lya singgah sini dari Giveaway yg sama .tq sudi singgah dan sudi follow..ok done follow sini..Fuyoo pjgnyer karangan..best best mmg terbaik laa ayat..semoga berjaya..

Terima kasih bro Akif Imtiyaz..... kerana sudi membalas kunjungan saya sebentar tadi. Harap kita dapat saling-kunjung mengunjungi. Moga berjaya buat anda sekali lagi.

Terima kasih kasih atas komen yer...MYiDEAKiNi datang singgah & follow G+....Good Luck yer Bro... :-D

Semoga berjaya... Blogger ni pernah dah bersua muka dengan blogger HH... Insha Allah moga ada tuah dan beroleh manfaat dari blog HH DAN BLOG TUAN PUNYA BLOG NI JUGA..

Good luck bro.. kalau dapat adiah jangan luck share

jika tiada hadiah pun saya tetap mahu jadi follower blogger sifu HH

Semoga berjaya bro.. dapat adiah mohon share ye

alamak dah terlepas date nya..
dah diumumkan pemenangnya belum?
good luck bro kamil!

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top